Motivasi
Rencah hadapi Masalah
Masalah itu rencah kehidupan, anggaplah masalah hari ini rezeki buat mu untuk hari esok kerana setiap masalah itu ada hikmahnya, Tabahkan hati menghadapi dugaan hidup dan kuatkan semangat mu, jangan putus asa. Cari jalan penyelesaian terbaik. Bertawakkal dan berdoalah kepada ALLAH s.w.t
Antara tak ada masa, tak minat dan tak ada modal?
Dalam dunia perniagaan ini, tidak semua mereka yang terlibat itu berjaya dan boleh mendapat pendapatan yang besar. Ia bergantung kepada kedudukan syarikat dan apa jenis perniagaan yang mereka buat, bahkan yang lebih penting adalah diri kita sendiri... mahu atau tidak mahu, ada masa atau tiada masa,minat atau tidak minat, tidak boleh atau sengaja cari alasan kelemahan diri. Ketahuilah saudara, bagi mereka yang bijak dalam ilmu perniagaan harus membuat penelitian dan kepastian tentang perniagaan yang ingin mereka ceburi. Soal masa dan minat itu tidak menjadi halangan untuk kita berjaya. Sebab perpatah "Tak Kenal Maka Tak Cinta, Tak Tahu Masakan Datang Minat". Begitu juga tentang hal masa, "Masa Itu Emas, Emas Itu Harta, Harta Itu Adalah Harga Diri Sendiri Dan Harga Diri Sendiri Itu Ialah Menikmati Kejayaan Dalam Kehidupan Di Dunia Dan Akhirat". Jadi masa dan minat itu akan hadir sendiri dalam hidup sebab kita sendiri yang menentukan dan mengaturkannya, bukan orang lain. Modal memang perlu dalam mana-mana perniagaan pun. Jadi soal modal memang wajib ada dan adakalanya menjadi halangan bagi kita untuk berjaya sebab tiada modal. Dalam perniagaan kita sering melihat keuntungan semata-mata tapi tidak pada modal yang dilaburkan. Dalam ilmu perniagaan modal dan untung saling berkait antara satu sama lain. Ada orang yang nak untung besar tapi modalnya kecil, golongan ini perlu berusaha lebih keras untuk berjaya dalam perniagaan. Ketahuilah modal yang besar untungnya juga pasti besar.... Ibarat, "Satu Syarikat Berpuluh Cawangannya...Kukuh Dek Tiang yang Kuat". Jika anda takut keluar modal tapi ingin membuat perniagaan... ini jawapannya maaf tak payah masuk...tak payah berniaga. Sebaliknya jika anda tidak ada modal tapi ingin membuat perniagaan....ini pula jawapannya anda hebat....kami akan bantu anda dan ada caranya, asalkan anda MAHU!!
Cuba
"Kegagalan Sebenar Ialah Apabila Anda Berhenti Mencuba"
Kegagalan tidak akan menemui anda selagi anda tidak mencarinya, Kejayaan juga tidak akan menemui anda jika anda tidak CUBA mencarinya. Yang pasti; mencari kejayaan dalam hidup itu adalah sesuatu yang baik. Kejayaan disebalik kegagalan itu adalah CUBA....anda cuba dulu walaupun hakikatnya diawal penemuan anda itu adalah kegagalan tetapi diakhir pertemuan anda adalah kejayaan. Oleh itu, Anda perlu CUBA....CUBA...dan....TERUS MENCUBA. Selamat Maju Jaya.
$$$Ringgit
Ringgit bukanlah segala-galanya tapi segala-galanya ringgit. Siapa tak nak wang ringgit? Percayalah semua nak wang bukan? Carilah wang dengan jalan usaha yang baik dan diredhai ALLAH s.w.t. Di mana-mana sahaja perlu wang. Masakan tidak bil api, bil air, bil cukai tanah dan bermacam-macam khazanah bumi milik ALLAH s.w.t ini dikenakan bil "WAJIB BAYAR" , nasib baik udara oksigen yang disedut hari-hari itu "PERCUMA". Itu pun sukar nak sedut udara yang bersih.... kenalah pasang aircond, itu pun kena bayar juga.Bukan gila wang tapi belum lagi bosan dengan wang. Bukan kerana wang ringgit tapi kerana sebahagian keperluan hidup.
Diri KU
Setinggi gunung impian ku daki,
ku tempuhi hutan berduri.
Seluas bumi langkah ku pijak, ku lalui jalanan berliku.
Sedalam dasar lautan ku terokai, Ku selami ombak bergelora
Anda Makan Gaji atau Gaji Makan Anda?
Apa Khbr semua? Mulakan kerjaya anda bsama kami. Kami sedia mbantu anda slagi anda mahu. Bantu anda mulakan kerjaya ini & peluang utk anda bjaya tidak mustahil. 9/10 pintu rezeki adalah mlalui bidang pniagaan. Ini brerti bidang pniagaan mwakili 90% lubuk pdptan. Khidupan anda tidak akan mjadi mewah dgn pdptan makan gaji shj. Pcaya atau tidak inilah realitinya,istilah hr ini anda makan gaji suatu hari nanti pasti gaji makan anda pula?. Tak cukup...cukup-cukup makan...inilah pkataan biasa kita luahkan jika istilah gaji makan anda melanda. Tetapi mlalui perniagaan yg btiangkan syarikat yg kukuh, kita pasti makan tak habis...jadi kalau tak habis itu apa nak buat? Jgn mbazir sebaliknya kita sedekahkan kpd mereka yg mmerlukan. Hebat bukan?.. dpt rezeki 9...kita sedekah 1 atau lebih kpd orang susah sbaliknya kalau dpt rezeki 1 shj, mana mungkin kita bbuat demikian.Oleh itu, jgn berlengah lagi ketahuilah rahsia kjayaan kami mlalui 9 pintu rezeki ini. Bye...Jumpa anda di puncak kjayaan.